Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 26, 2022 @ 3:16pm

Dikecam Artis Gara-Gara Pilih Rupa Untuk Jadi Pelakon, A Aida Anggap Kriteria Relevan Sebab…

Baru-baru ini, pelakon Amerul Affendi membuat ciapan di Twitter yang berbaur sindiran kepada penerbit terkenal, Datuk A Aida gara-gara kriteria pelakon yang dicari mestilah kacak dan cantik malah aktor itu turut meminta pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) negara untuk menutup kursus lakonan.

Tidak berdiam diri, Aida tampil membidas kenyataan Amerul dengan menyatakan kriteria yang dicari itu relevan dan diguna pakai oleh semua penerbit dalam dan luar negara.

Memetik laporan Harian Metro, Aida menganggap masih ada segelintir yang kurang faham namun terus mengkritik kenyataannya.

“Sejak dulu lagi, watak utama iaitu hero dan heroin memang kena ada rupa paras menarik dan muda. Begitu juga sekarang. Cuma bezanya, apabila mereka sudah berusia dan bukan lagi remaja, kita kena cari pelapis baharu pula. Begitulah seterusnya.

“Nampaknya ramai yang masih kurang faham. Mereka hanya ambil pendekatan terus mengkritik kenyataan saya. Apa yang dimaksudkan adalah untuk watak utama. Itu kriteria yang saya tetapkan, tapi banyak lagi watak lain yang saya tak kisah pun rupa paras, janji berbakat dan pandai berlakon saya akan ambil,” katanya.

Tambah, dia menegaskan bahawa pemilihan watak perlu disesuaikan dengan jalan cerita.

“Sekali lagi ditegaskan, pemilihan watak itu disesuaikan dengan jalan cerita. Kalau naskhah itu watak utama memerlukan pelakon yang tiada rupa, takkan saya nak ‘hodohkan’ pelakon yang sedia kacak. Nanti penonton bising juga. Jadi, kita buat ikut kehendak skrip itu,” katanya kepada Harian Metro.

Tegasnya lagi, dia tidak sesekali mengabaikan soal kualiti lakonan malah memilih untuk menggandingkan pelakon baharu dengan pelakon berpengalaman supaya dapat mengasah bakat.

“Saya menggabungkan artis baharu yang kacak, ‘sado’ dan cantik dengan pelakon hebat lain agar mereka dapat menimba ilmu dan meminta tunjuk ajar. Itu cari saya untuk mencari pelapis yang baharu.

“Saya pun tidaklah hilang akal sampai nak merosakkan karya terbitan sendiri. Dari pengarah, penulis skrip dan semua yang terbabit saya menggunakan khidmat mereka yang terbaik. Itu cara saya menghargai naskhah itu. Terbukti, hasilnya juga bagus hingga menjadi trending, tular dan jumlah penonton tinggi.

“Ini hakikat dan realiti yang perlu diterima semua orang. Penonton sendiri mahu melihat mereka yang lawa. Tapi, sekali lagi ditegaskan, semua itu bergantung kepada jalan cerita. Lain orang, lain pendekatannya dalam menerbitkan sesebuah karya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 May 2019

Alahai…Gambar Skandal Keempat Pula Tersebar

Kata wanita yang menggunakan nama akaun Mei Fina di Instagram, dia mengingatkan netizen agar tidak menyebarkan gambar-gambar lamanya.

Hiburan Thu, 21 Sep 2023

Ibu Bersyukur Anak Tiada Masalah Sosial, Ameera Khan Enggan Komen Dakwaan Berjudi Lumba Kuda – “Fikirlah Apa Yang Anda Nak Fikir…”

‘Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang buat macam tu’ – ibu Ameera Khan

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Featured Wed, 13 Aug 2025

“Che Ta Titip Pesan Buat Ibu Zara Qairina – “Jangan Rasa Sendiri, Kita Semua Tengah Bangkit”

Che Ta sempat menitipkan pesana buat ibu kepada arwah Zaraagar sentiasa kuat.

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Ziana Zain: “I’m a Mother as Well as a Father to My Children…”

“I would prepare their breakfast and send them to school, and return home to prepare their lunch…”

Featured Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Tue, 5 Apr 2022
error: Content is protected !!