Categories: Trending

“Macam Aquaman Dah” – Khidmat Selama 20 Tahun, Laungan ‘Ti Ti’ Adalah Untuk Burung-Burung Kesayangan Saya

Bagai menyaksikan satu scene dalam sebuah filem bukan?

Seorang warga emas mula tular di laman sosial beberapa hari lepas apabila kelibatnya itu memanggil sekumpulan burung untuk diberikan makanan mencuri perhatian.

Macam Aquaman panggil ikan”

Lelaki warga emas yang dikenali sebagai, Hasfani Azilan Abdul Rahman berkata, beliau memanggil burung-burung itu untuk diberi makan setiap kali selepas solat Asar. Dan itu sudah menjadi rutin harian beliau.

“Biasanya saya akan beri makan kepada burung-burung kira-kira jam 5.30 petang. Tapi saya tak terus lemparkan beras dijalanan

“Saya akan panggil dulu burung-burung itu dengan berteriak. Bila semua burung-burung dah datang dekat saya barulah saya akan beri makan” Katanya

Laungan ‘Ti Ti‘ curi perhatian

Hasfani, 70, menjelaskan bahawa laungan Ti Ti adalah singkatan kepada burung merpati.

” Sejak zaman sekolah lagi saya dah biasa beri makan kepada burung-burung. Orang tua saya ada bela macam-macam jenis burung dan kebanyakkannya adalah burung merpati”

“Sebab itulah sampai sekarang, saya panggil burung dengan panggilan Ti Ti bermaksud merpati. Kadang, saya panggil Hussain. Merujuk kepada tempat beliau bekerja. Jelasnya.

Tambahnya lagi, perkara yang dilakukannya ini adalah sebagai mengisi masa kerana sedar usia beliau yang semakin lanjut.

Malah, beliau bersyukur sepanjang berkhidmat selama 20 tahun beliau masih mampu memberikan makanan kepada burung-burung tersebut kerana, burung-burung ini adalah kesayangan beliau.

Simple kat dunia, besar nilai kat akhirat”

Dan, rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan tindakan pak cik Hasfani memanggil dan memberi makan kepada burung-burung tersebut.

Sukarelawan laung azan

Bersyukur dengan kudrat yang diberikan, siapa sangka bapa kepada 5 orang anak ini telah berkhidmat di restoran tersebut sejak 20 tahun lalu.

Malah, Hasfani juga turut berterima kasih kepada majikan beliau kerana memberi peluang untuk beliau pergi ke masjid berdekatan untuk solat dan menjadi sukarelawan untuk melaungkan azan setiap kali bila tiba waktu solat.

Salma Syahbuddin