Categories: Trending

Mak Ayah Tak Ada Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Mudah Daftar Pengambilan Vaksin Untuk Mereka

Seramai 1.74 juta rakyat Malaysia telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak mempunyai aplikasi MySejahtera terutamanya golongan warga emas. Perkara ini sekaligus menyukarkan mereka untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin tersebut.

 

Justeru itu, berikut merupakan langkah mudah untuk mendaftarkan nama ahli keluarga yang TIDAK mempunyai aplikasi MySejahtera ;

  1. Layari portal rasmi vaksin Covid-19 di www.vaksincovid.gov.my
  2. Masukkan maklumat penuh dengan lengkap
  3. Pastikan maklumat yang diisi adalah BENAR
  4. Klik butang kapcha
  5. Klik butang HANTAR sehingga anda mendapat maklum balas menerusi notifikasi telefon bimbit anda.

 

Terdahulu, kerajaan menyediakan 5 kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

 

Menurut Buku Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau laman web khas di www.vaksincovid.gov.my

Salma Syahbuddin