Categories: Trending

Wujud Cadangan Mansuh Cuti Penggal Tahun Ini, Beri Peluang Pelajar ‘Catch Up’ Semula Pembelajaran Tertinggal

Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan agar semua cuti penggal persekolahan pada tahun ini dimansuhkan.

 

Menurut Yang Dipertua MIMBAR, Datin Seri Ismaliana, ia adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari semula pembelajaran ataupun subjek yang tertinggal sebelum ini.

 

“Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan kurang sikit signifikannya cuti penggal ini sebab mereka dah terlalu lama berada di rumah. Jadi mereka ini dah banyak ketinggalan”

 

Malah, ibu bapa berharap agar isu memansuhkan cuti penggal ini dipertimbangkan. Dan berharap pihak sekolah berasrama supaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah.

 

“Kita berharap pemantauan SOP ini dapat dijalankan dengan teratur dan efektif yang mana bila anak-anak balik ke asrama mereka tidak dijangkiti.
“Pelawat atau orang luar yang masuk ke kawasan sekolah harus diperiksa dulu mengikut SOP yang ditetapkan sebab kita tidak mahu orang luar yang masuk ke kawasan sekolah bawa virus dan menyebabkan timbulnya kluster baharu,”

 

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin