Categories: FeaturedTrending

“Superstar In The Making” – Suara Anak Amyza Aznan Cetus Kejutan, Persembahan di Famili Duo Trending Di YouTube!

Episod terbaru program Famili Duo yang disiarkan pada Ahad lalu mencuri perhatian ramai apabila gandingan pelakon Amyza Aznan bersama anaknya, Adrian Adam membuatkan ramai yang terkejut.

Membawakan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri dan Emotion nyanyian asal Mariah Carey, ternyata vokal Adrian yang baru sahaja berusia 13 tahun itu tidak sepadan dengan usia mudanya.

Menurut Amyza, pemilihan lagu Ku Bersuara dan Emotion dipilih sendiri oleh Adrian,

“Sebenarnya lagi tersebut dipilih oleh Ian, saya memberikan kebebasan pada dia. Pada mulanya, saya pilih lagu Tunggu Sekejap, tetapi Adrian tetap berkeras nak kami nyanyikan lagu dari Ernie Zakri”, katanya lagi.

Rata-rata netizen turut memuji bakat terpendam Adrian dan menyamakannya dengan beberapa artis Hollywood yang mempunyai nada yang tinggi seperti Ariana Grande dan Mariah Carey.

Malah, beberapa rakan artis terkenal seperti Anuar Zain turut meninggalkan komen dengan melabelkan Adrian sebagai Superstar in the making.

Menerusi episod ibu bapa dan anak itu, Amyza dan Adrian dipilih menjadi pemenang sekali gus memenangi RM10,000.

Selain itu, persembahan Amyza dan Adrian yang menyampaikan lagu Ku Bersuara kini berada di kedudukan #5 carta trending di YouTube!

Famili Duo disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam bersama pengacara Uyaina Arsyad dan juri tetap Didie Alias dan Mark Adam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”