Featured By: Attiqah Mohd March 9, 2021 @ 4:25pm

“Superstar In The Making” – Suara Anak Amyza Aznan Cetus Kejutan, Persembahan di Famili Duo Trending Di YouTube!

Episod terbaru program Famili Duo yang disiarkan pada Ahad lalu mencuri perhatian ramai apabila gandingan pelakon Amyza Aznan bersama anaknya, Adrian Adam membuatkan ramai yang terkejut.

Membawakan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri dan Emotion nyanyian asal Mariah Carey, ternyata vokal Adrian yang baru sahaja berusia 13 tahun itu tidak sepadan dengan usia mudanya.

Menurut Amyza, pemilihan lagu Ku Bersuara dan Emotion dipilih sendiri oleh Adrian,

“Sebenarnya lagi tersebut dipilih oleh Ian, saya memberikan kebebasan pada dia. Pada mulanya, saya pilih lagu Tunggu Sekejap, tetapi Adrian tetap berkeras nak kami nyanyikan lagu dari Ernie Zakri”, katanya lagi.

Rata-rata netizen turut memuji bakat terpendam Adrian dan menyamakannya dengan beberapa artis Hollywood yang mempunyai nada yang tinggi seperti Ariana Grande dan Mariah Carey.

Malah, beberapa rakan artis terkenal seperti Anuar Zain turut meninggalkan komen dengan melabelkan Adrian sebagai Superstar in the making.

Menerusi episod ibu bapa dan anak itu, Amyza dan Adrian dipilih menjadi pemenang sekali gus memenangi RM10,000.

Selain itu, persembahan Amyza dan Adrian yang menyampaikan lagu Ku Bersuara kini berada di kedudukan #5 carta trending di YouTube!

Famili Duo disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam bersama pengacara Uyaina Arsyad dan juri tetap Didie Alias dan Mark Adam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Tangguh Gelembung Pelancongan Ke Pulau Tioman Dan Genting Highlands

Kerajaan menangguhkan gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, ia susulan kenyataan Perdana Menteri,

Trending Fri, 22 Jan 2021

KWSP Lulus 3.18 Juta Permohonan i-Sinar Kategori 1

Alhamdulillah buat mereka yang diluluskan permohonan i-Sinar!

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Tue, 21 Jun 2022

Gara-Gara Tegur Aurat Allahyarham Adibah Noor, PU Riz Dikecam Siti Kasim – “Shut The F**k Up!

PU Riz menegur untuk kebaikan sesama muslim, lagipun dia menegur dengan cara yang baik 😊

Featured Mon, 12 Apr 2021

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung

Trending Mon, 12 Aug 2019

ATM Bank Diletupkan, RM300,000 Lesap

Ganas juga sekarang ni perompak, mesin ATM pun nak dirompak

Trending Mon, 18 Jan 2021
Featured Sun, 18 Dec 2022

| Live TV

error: Content is protected !!