Trending By: SGMS Enal January 3, 2019 @ 12:39pm

Jawa Barat Dalam Zon Merah Kata Gabenor

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa seluruh kawasan Jawa Barat dan 2/3 Sukabumi kini berada dalam Zon Merah ataupun risiko terdedah risiko bencana.

”Jika dilihat pada peta Jawa Barat, keseluruhan kawasan ditandai dengan warna merah. Malah luas dua pertiga kawasan Sukabumi juga termasuk dalam zon yang sama,” katanya ketika melawat kawasan bencana tanah runtuh di Kampung Garehong, Dusun Cimapag, Kecamatan Cisolok.

”Sepanjang tahun 2018, sebanyak 1,560 kejadian bencana alam dilaporkan berlaku di Jawa Barat dan 550 daripadanya merupakan kes tanah runtuh,”katanya lagi.

Kampung Garehong sebelum ini dilaporkan telah dilanda kejadian tanah runtuh yang menyaksikan puluhan buah rumah tertimbus. Sehingga kini, disahkan tiga orang ditemui maut manakala puluhan mangsa masih hilang.

Kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan.

Sumber: Kompas.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Sat, 29 Jul 2023
Trending Mon, 12 Mar 2018

‘Nyawa-nyawa Ikan’, Toys ‘R’ Us Siap Sedia Ditutup?

Bagaimanapun sepanjang musim cuti panjang lalu, syarikat itu masih gagal memberi keyakinan terhadap masa depan syarikat permainan tersebut…

Trending Mon, 13 Nov 2017

如果这些科幻电影少了特效,更本就是在看喜剧嘛!

特效,是指特殊的效果;通常是由电脑软件制作出一些无法在现实出现的场景和情节。在加上特效前,演员到底是怎么揣摩角色?