Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2022 @ 3:29pm

#SeoulSaranghae: Twenty Five Twenty One Terus Ungguli Rating, Pengarah Puji Lakonan Kim Tae Ri & Nam Joo Hyuk

Drama bersiri popular Korea, Twenty Five Twenty One terus meraih rating tertinggi penilaian impak kandungan (CPI) yang dikeluarkan oleh CJ Entertainment sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu.

Bahkan, tayangannya yang kini sudah memasuki episod 10 mendapat respon positif daripada penonton dan pengarahnya, Jung Ji Hyun.

Menurutnya, pemilihan gandingan pelakon utama Kim Tae Ri (Na Hee Do) dan Nam Joo Hyuk (Baek Yi Jin) disifatkan sebagai menepati sasaran apabila watak yang dibawakan kedua-dua pelakon ini disenangi peminat.

Bukan itu sahaja, tahap keserasian kedua-dua pelakon dalam membawakan watak serta sikap kerjasama yang ditunjukkan begitu menyenangkan.

“Saya rasa saya melihat sahaja kepada nama pelakon iaitu Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri itu sudah cukup memberikan kelebihan.

‘Saya sangat suka emosi yang ditunjukkan mereka. Segala tafsiran terhadap skrip dan emosi yang diberikan berjaya dijiwai dengan baik. Bahkan kedua-duanya cukup bersedia sehingga saya sendiri yang menerima idea daripada mereka.

“Secara jujurnya, mereka banyak membantu saya ketika penggambaran berlangsung,” katanya.

Bagaimanapun, bakal memasuki episod 11 drama ini terus menjadi pilihan peminat setianya sehingga ramai yang kini berteka-teki apakah sebenarnya yang terjadi terhadap Na Hee Do dan Baek Yi Jin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Kren Tumbang Di Masjidil Haram

Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Pertama Kali Tukar Lampin Anak, Kaka Azraff Tak Dapat Tahan Rasa Bangga!

Penyanyi Kaka Azraff tidak dapat menahan rasa bangganya apabila suaminya, Adam Azriff berjaya menukar lampin cahaya mata sulung mereka, Aslan dan dia telah berkongsi dengan peminatnya dengan memuat naik video yang dirakamkan di akaun Instagram. 

Trending Thu, 15 Oct 2020

Individu Langgar SOP Akan Di kompaun Serta Merta

Patuh SOP! Hentikan penularan Covid-19

Featured Sun, 6 May 2018

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja tetapi juga kecantikannya yang all in one.

Featured Sun, 26 Dec 2021

“Ini Barulah Keluarga Malaysia!” – Kaum India, Melayu Sama-Sama Bersihkan Masjid & Kuil

Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan rumah dan kedai perniagaan tapi juga rumah-rumah ibadat. Beberapa video yang dimuat naik oleh Nallan Dhanabalan dengan nama pengguna @nallan.dh di TikTok merakamkan kerja-kerja pembersihan

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Jennifer Lopez Kongsi Kata Semangat Buat Isteri Mendiang Kobe Bryant

Hari yang sedih bagi seluruh dunia yang merasai kehilangan Kobe…

| Live TV

error: Content is protected !!