Hiburan By: Salma Syahbuddin December 10, 2018 @ 3:47pm

Teater Bangsawan Badang Bakal Di Pentaskan?

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di bawah kelolaan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) buat julung kalinya bakal mementaskan sebuah teater tradisional, Bangsawan “Badang” pada 21 – 23 Disember 2018 di Panggung Eksperimen, ASWARA.

Seramai 75 orang pelajar ASWARA yang melibatkan semua fakulti iaitu Fakulti Muzik, Fakulti Tari, Fakulti Teater, Fakulti Penulisan Kreatif, Fakulti Filem dan Televisyen, Fakulti Animasi dan Multimedia, Fakulti Rekaan Komunikasi Visual serta Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya. Dan ianya, menjadi satu kebanggaan buat pelajar ASWARA kerana mendapat khidmat bimbingan daripada Seniman Negara keenam, Abdul Rahman Bakar (Rahman B) yang merupakan seorang penggiat bangsawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia bangsawan dan telah mementaskan lebih 200 karya-karya
sebegini di pentas seni.

Antara teraju utama yang akan memegang watak Badang dalam kumpulan pertama ialah bekas peserta program Idola Kecil 2 yang disiarkan di TV9 iaitu Muhammad Azzammuddin pelajar Fakulti Muzik. Manakala Nik Fadlee atau lebih dikenali dengan panggilan Ayie, vokalis kumpulan Floor 88 memegang watak Badang bagi kumpulan kedua. Kedua-dua dari mereka dipilih untuk memegang watak tersebut kerana susuk tubuh dari kedua-dua mereka dikira
bersesuaian dengan perwatakan badang selain mempunyai kredibiliti untuk menjayakan watak tersebut. Azzam juga bakal membuat persembahan extra turn menerusi lagu Dimatamu yang dipopularkan oleh Sufian Suhaimi manakala Ayie akan menyampaikan lagu nyanyian asal dari Floor 88 sendiri iaitu Aqilah.

Naskah badang ini merupakan hasil karya sepenuhnya dari graduan ASWARA iaitu Roydy Rokidy dan mendapat sentuhan pengarahan dari para pensyarah yang tidak asing lagi dalam dunia teater iaitu En. Shahrul Mizad bin Ashaari, En.Shariful Akma bin Abdullah dan Puan Eliza binti Mustaffa.

Jadi, kepada korang yang berminat untuk menyaksikan persembahan teater bangsawan ini boleh berkunjung ke Panggung Eksperimen ASWARA pada 21 – 23 Disember 2018 okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Feb 2020

Abam Bocey Passed Away

Gone from our sight, but never from our hearts.

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

王力宏316确定唱进大马!1月19正式发售

王力宏全新《龙的传人 2060》世界巡回马来西亚站演唱会,1 月 19 日,上午 11 时起正式全国公开发售。

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Amaran Ribut Buat 12 Negeri Termasuk Kuala Lumpur

Semua penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berhati-hati.

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Hiburan Thu, 28 Mar 2019

台湾超级综艺组合! 8月登上云顶开唱

台湾综艺天王「宪哥」吴宗宪今年将携手众综艺主持好友,于8月3日再登云顶云星剧场舞台!

Featured Wed, 13 Sep 2023