Hiburan By: SGMS Enal August 27, 2019 @ 10:13am

Amaran Ribut Buat 12 Negeri Termasuk Kuala Lumpur

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di 12 negeri seluruh Malaysia kecuali Perlis dan Melaka sehingga jam 7 malam.

Kawasan yang terlibat di utara tanah air ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah); keseluruhan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.

Sementara itu, amaran dikeluarkan di pantai timur ke atas kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh (Kelantan), keseluruhan Terengganu; serta Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang).

Ribut petir dijangka turut melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang (Selangor), seluruh Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya; serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Selain itu, daerah di selatan tanah air turut dijangka mengalami ribut petir meliputi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Ribut petir turut diramalkan bakal melanda di Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Sarawak) serta pedalaman Sabah (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), pantai barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran), Kudat dan Labuan.

Semua penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berhati-hati.

Sumber: MetMalaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Sat, 5 Mar 2022
Hiburan Thu, 21 Dec 2017

FATHIA LATIFF KINI FREEHAIR?

Apakah tindakan Fathia ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rakan baiknya, Uqasha Senrose?

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

tonton「零收费」供马来西亚人免费观赏节目

首要媒体集团电视网络宣布,大马影视串流第一平台tonton将启动零收费模式,供马来西亚人免费观赏精彩节目。

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Anak Mendiang Micheal Jackson Tertekan Dengan Dakwaan Liwat

Dakwaan kes liwat didedahkan menerusi dokumentari Leaving Neverland itu membuatkan Paris kemurungan seterusnya menyembunyikan diri.

Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

DAH BERGELAR DATUK, AARON AZIZ TUKAR HALUAN?

Barangkali kegigihannya turun padang dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat membuat Aaron dipandang tinggi bagaikan ‘wakil rakyat’ pula.