Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 9, 2023 @ 2:18am

Saling Berhubung, Intan Saleh Simpati Nasib Nurul Shuhada – “Jangan Takut, Masa Depan Kita Akan Lebih Bahagia”

Usahawan dan pempengaruh, Intan Liana Saleh, 38, bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Menyifatkan keganasan yang terjadi keterlaluan, Intan tidak bersetuju apabila Shuhada dikasari sehingga menerima 10 jahitan di muka.

“Saya geram dan sangat bersimpati dengan Shuhada. Kalau nak berpisah, teruskan berpisah sahaja, tak perlu mengasari atau menganiaya wanita.

“Saya sendiri ada berhubung dengan Shuhada. Saya benar-benar simpati dengan nasib dia. Pada awalnya dia mesej saya di media sosial dan kami berhubung sekitar bulan lalu. Saya berikan Shuhada kata-kata semangat.

“Shuhada ada minta saya membuat panggilan kepadanya namun saya tak berkesempatan kerana sibuk dengan proses pindah rumah. Beberapa hari selepas itu, baru kami berhubung,” katanya.

Intan ditemui di majlis pelantikan Ayda Jebat, Nabil Mahir dan Ana Nayla selaku duta jenama barangan bayi dan kanak-kanak Itali, Chicco, baru-baru ini.

Pesan Intan, Shuhada harus mengutamakan anak-anak dan masa hadapan pastinya akan lebih bahagia.

“Saya cakap pada Shuhada, apa apa pun kita kena kuat, fikir anak anak dan masa depan. Apa yang terjadi mungkin sudah ditakdirkan. Jadi kita perlu teruskan kehidupan.

“Macam saya dahulu, saya bermula dengan tiada apa-apa. Samalah macam Shuhada. Jadi, apa yang saya boleh nasihatkan adalah berdasarkan pengalaman, Insya-Allah rezeki itu akan ada untuk kita. Bukan sahaja untuk Shuhada, saya juga mahu mengalakkan para wanita lain di luar sana untuk berusaha mencari rezeki sendiri.

“Jangan takut, di masa hadapan, kita akan lebih bahagia, dengan izin Allah. Sebelum ini, pada peringkat awal memang saya rasa jatuh, semua perasaan kita sudah rasakan. Cuma sekarang, syukur Alhamdulillah kehidupan semakin bahagia,” katanya lagi.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan penjawat awam, Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 4 September tahun lalu.

Sebelum ini, Intan ialah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid sebelum sah bercerai pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 10, dan Ariq Muqri, 8.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Jul 2020
Featured Tue, 29 Jun 2021

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu. Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen […]

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Elly Mazlein Sudah Dilamar?

Laman Instagram Elly turut dipenuhi dengan ucapan hari jadi daripada peminat yang gembira dan berharap idola ramai ini segera naik pelamin.

Anugerah Wed, 30 Aug 2023
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Pemilik Kucing, Dengar Sini Nabila Huda Nak Pesan!

Saya berdoa supaya satu hari nanti pelaku yang membuang kucing, akan hilang orang paling dia sayang dalam hidup terutama ahli keluarga

Featured Wed, 25 Jan 2023

Teruja Staff Syarikat Penerbangan Berhijab, Komen ‘Pedas’ Aliff Syukri Buat Ramai Terkejut

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur melihat salah seorang staff AirAsia tampil mengenakan hijab. @aliffsyukriterlajaklarisYe ke awk??♬ bunyi asal – Dherbs Terlajak Laris Menerusi kemas kini terbaharu Aliff di TikTok, dia memuji kecantikan staff […]

error: Content is protected !!