Trending By: Salma Syahbuddin February 1, 2021 @ 12:26pm

“Function Teruk!” Selain Beri Bantuan, Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Di Sabah

Pendakwah bebas, Ebit Lew seringkali menjadi tumpuan apabila usaha beliau dalam memberikan sumbangan tanpa mengenal penat lelah kepada mereka yang memerlukan menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang.

Terbaharu, menerusi satu hantaran dilaman Facebook miliknya, Ebit Lew menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan misi bantuan kemanusiannya ke negeri Sabah.

Dalam misi kali ini, beliau menangis gembira apabila berjaya membawa satu kampung yang terdiri daripada 157 orang penduduk Bajau Laut memeluk Islam.

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut”

“Mereka tanya, apa itu Tuhan?”

Tambahnya lagi, ketika memberi bantuan kepada 157 orang penduduk suku Bajau Laut atau Gipsi Laut ini, mereka datang dan bertanya tentang apa itu Tuhan dan Siapa Tuhan.

” Berebut-rebut datang dekat saya. Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama”

” Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.

” Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah” Tulisnya.

Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew ini menegaskan, beliau akan terus membantu dari segi makanan dan pembelajaran buat seluruh penduduk di Pulau Tatagan, Semporna ini.

Terima Kasih, Ustaz Ebit Lew!

Rata-rata pengguna sosial media memberikan ucapan terima kasih dan mendoakan agar perjalanan Ebit Lew dalam membantu masyarakat dipermudahkan.

Kita doakan semoga usaha Ebit Lew ini dapat membuka mata ramai orang untuk terus melakukan kebaikan. 

Sumber : Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Apr 2022
Trending Sun, 1 Aug 2021

‘Hidupkan Pagi’ Bersama TV3 Bermula 1 Ogos!

Program-program yang lebih segar, ceria dan mantap bersiaran bermula 1 Ogos ini menerusi slot pagi di TV3! Menerusi tagline ‘Hidupkan Pagi’, beberapa perubahan telah dilakukan bagi mengukuhkan lagi kandungan program-program yang pasti dapat menceriakan hari […]

Trending Sun, 17 Nov 2019

Dapur Kaca Meletup Sewaktu Tunggu Ikan Rebus Siap

Dapoq meletup, selalu dok tengok dalam Facebook ja

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Fri, 26 May 2023