Featured By: Salma Syahbuddin February 10, 2023 @ 6:00pm

Unsur Angin, Api Dan Awan Tergantung Jadi Pilihan Dayang Nurfaizah & Amir Masdi Di Pentas AJL 37

Calon Anugerah Juara Lagu ke-37 Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi tidak ketinggalan berkongsi keinginan mereka untuk tampil berbeza di atas pentas berprestij itu apabila ingin menyatukan unsur angin, api dan awan tergantung pada persembahan mereka nanti.

Malah, pasangan duet ini juga mengimpikan untuk membawa kumpulan koir sehebat penyanyi terkenal antarabangsa, Lionel Richie, Boys II Men, Blackpink dan BTS untuk mengiri persembahan mereka menerusi lagu Debu.

Bahkan, Dayang dan Amir turut mengimpikan untuk membawa unggun api yang besar serta ikan Dolphin sebagai latar persembahan.

Bagaimanapun, peminat jangan terkejut kerana itu adalah sekadar angan-angan penyanyi ini ketika ditemu bual menerusi segment Berangan Itu Percuma yang dikongsikan di Instagram TV3 Malaysia.

Finalis AJL 37 ditanyakan mengenai apa yang ingin dilakukan sekiranya semua perkara di dalam dunia ini adalah percuma dan pelbagai jawapan melucukan yang diberi oleh mereka!

Semak video spontan mereka di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Jangan lupa saksikan AJL 37 pada 12 Februari ini, Ahad jam 9 malam di TV3 dan strim secara live HD hanya di Tonton.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Apr 2018

7 Kawasan Di Dunia Yang Sesiapa Pun Tak Boleh Lawat, No. 3 Paling Ngeri

Kebanyakan tempat di dunia ini memang terbuka untuk pelancong, tapi ada beberapa kawasan larangan yang memang dikawal ketat.

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zackwan Daki Puncak Carta Trending YouTube… Netizen Meremang Dengar Susunan Orkestra!

Mengusung Rindu versi orkestra mengembalikan memori lama nyanyian penyanyi-penyanyi muda yang hebat.

Hiburan Sun, 15 Sep 2019

Sakinah Marah Dipanggil Cacat!

Marah betul ni…

FESYEN Wed, 20 Feb 2019

Fashion Industry Bids Farewell to the Late Legendary Karl Lagerfeld

May the 21st Century fashion icon rest in peace.

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Ish, siapa yang tergamak cakap macam tu pada Nubhan? Tak baik tau!

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Dakwaan Khianat Sahabat Sendiri, Erra Fazira Tampil Mohon Maaf

Semoga dengan kenyataan ini, tiada lagi perbalahan berbangkit selepas ini.

| Live TV