Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 23, 2023 @ 9:38pm

Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

Pelawak popular, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Watie Hanifiah, 35, tepat jam 8.47 malam tadi di Putra Glass House, Shah Alam.

Hanya sekali lafaz, pasangan dua sejoli ini dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah dalam majlis indah di hadapan Ustaz Zubairi Ghazali selaku Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor.

Dengan mas kahwin sebanyak RM8,288, Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Tampan dan jelita mengenakan busana rekaab Fizi Woo, pasangan ini merahsiakan wang hantaran.

Pasangan ini selamat bertunang pada 6 Mei lalu di Shah Alam dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana Covid-19.

Perkahwinan mereka dihiasi empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Kredit foto: Astro / Indigital / CST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jul 2020
Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Thu, 6 Aug 2020

Kos Tunai Umrah Dijangka Meningkat

Apapun, ia meliputi aspek keselamatan para jemaah

Featured Fri, 25 Feb 2022
Featured Wed, 19 Jan 2022

Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan

Jaga SOP & jaga keselamatan orang yang tersayang!

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

“Sibuk Betul Pasal P*en Orang” – Dikritik Mahu Bersalin Secara Pembedahan, Ayda Jebat Tempelak ‘Makcik’ Persoal Alat S*lit Suaminya

Gara-gara mendedahkan dirinya bakal melahirkan anak sulung secara pembedahan, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menerima kritikan hebat netizen. Dedah Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, ramai warganet yang mempersoalkan tindakannya. “Assalamualaikum.. First of […]

Trending Wed, 7 Aug 2019

Kenapa Datuk Bandar Diarah Pakai Pakaian Wanita?

Kenapa ya sampai begitu sekali ,mesti ada yang tak kena kan?

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

error: Content is protected !!