Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 27, 2023 @ 5:00pm

[VIDEO] Ajar Aaisyah Cara Siang Ikan, Zain Saidin Dipuji Bapa Misali! – “Bagus Dia Tak Kekok Walaupun Nampak Geli”

Perkongsian terkini pelakon Zain Saidin meraih tumpuan ramai di platform TikTok apabila berkongsi video mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menyiang ikan.

Menerusi video tersebut, Aaisyah yang pertama kali menyiang ikan kelihatan tidak kekok meskipun tidak menggunakan sarung tangan plastik.

Selain bapanya, anak kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan ini turut diajar oleh Mak Toknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zain seorang bapa misali yang rajin melayan karenah anaknya, serta melakukan aktiviti bermanfaat ketika musim cuti sekolah.

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa bangga terhadap Aaisyah yang tidak geli ketika memegang ikan, selain berjaya menyiang ikan tersebut dengan elok.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 315,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

@zainsaidin23

Harap2 Tiktok tak bagi violation atau ape2 sekwaktu dengannya plak untuk video ni.. This is an educational purposes video ok Tiktok tersayang ku #fypシ #fyp #siangikan #aaisyahdhiarana #zainsaidin #daddysgirl #siscuba #brocuba

♬ Ngusep – Ida Widianingsih

Zain dipercayai melakukan video tersebut sebagai content berhubung isu hangat personaliti televisyen (TV) yang tidak mahir menyiang ikan ketika mengacarakan program tersebut secara langsung di TV3, baru-baru ini.

Isu tersebut turut mendapat perhatian isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah yang mengimbau kembali momen menyiang ikan sehingga termencarut ketika kali pertama bertemu ibu mentuanya, Salamiah Jalani.

Bagaimanapun, pengacara TV tersebut tampil mempertahankan diri dan memberi respons terhadap kritikan netizen behrubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: Perempuan Tak Tahu Siang Ikan? Tak Perlu Malu! Jom Baca 5 Tips Mudah Cara Siang Ikan Cencaru Dalam Masa 5 Minit Je!

Artikel Berkaitan: Pertama Kali Jumpa Ibu Shuib, Watie Hanifiah Imbau Momen Siang Ikan Sampai Termencarut – “Syukur Selamat Diterima Sebagai Menantu”

Artikel Berkaitan: Diperli Tak Pandai Siang Ikan, Ini Respons Pengacara WHI – “Saya Vegetarian! Pernah Menyiang Ikan Tapi Sekali Je, Itupun Manja-Manja”

Artikel Berkaitan: Zulin Aziz ‘Backup’ Wanita Tak Reti Siang Ikan – “Kalau Pandai Tapi Malas Pun Tak Guna”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Aug 2022
Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

Featured Tue, 10 May 2022

Degupan Jantung Anak Dalam Kandungan Terhenti Seminggu Sebelum Raya, Elvina Mohamad Keguguran 

Anak syurga.. Elvina lakukan prosedur membersihkan rahim hari ini

Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Bukan Pesawat Lama, Lion Air Sahkan JT 610 Baru Diguna Sejak Ogos 2018

Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Kontroversi Video L*cah, Adam Mika Bakal Berhenti Berlakon?

Kepada semua penyebar fitnah,  semoga anda dapat balasan – Bapa Adam Mika