Categories: Trending

Malaysia Bakal Alami Kegawatan Ekonomi Lebih Dasyat? Ini Jawapannya..

Umum mengetahui, Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang merundum. Semenjak PKP bermula, kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir berbillion.

Kadar inflasi ini membimbangkan rakyat dan muncul persoalan sekiranya kegawatan ekonomi ini lebih dasyat berbanding apa yang pernah negara alami pada tahun 1997.

Money Matters bahas isu ekonomi

Justeru, perbincangan ini akan dibahas dalam rancangan Money Matters yang akan bersiaran setiap hari Sabtu bermula 4 Julai, pada pukul 6 petang selama 30 minit. Program ini akan membentangkan bersama tetamu jemputan topik-topik berkaitan dengan ekonomi, kewangan, pelaburan, pengurusan, inovasi, dan industri.

Dihoskan oleh Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Azaria Tagaya, mereka akan menemuramah Menteri Kewangan Malaysia, YB Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai cabaran pemulihan ekonomi Malaysia.

Jangan lupa dapatkan info lanjut tentang program-program menarik TV3 di xtra.com.my dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia di Instagram, Facebook, dan Twitter.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”