Categories: Trending Hari Ini

YDP Agong Jadi Responden Pertama Banci 2020

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjadi responden pertama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020).

Umum mengetahui, Banci Penduduk dan Perumahan yang dilaksanakan setiap 10 tahun ini akan memberi gambaran sebenar mengenai situasi kependudukan semasa Malaysia bagi menjadi sumber rujukan dan asas penting kepada perancangan pembangunan negara.

Seri Paduka Selesai Isi Portal Banci 2020

Menerusi Majlis pelancaran Banci 2020 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini, Seri Paduka bertitah supaya rakyat turut bersama-sama menjalankan tanggungjawab tersebut.

“Hari ini, beta telah mengisi e-Census (portal Banci 2020). Bersamalah kita menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” titah Al-Sultan Abdullah.

Sama-sama kita doakan Banci 2020 tahun ini dapat diteruskan dengan jayanya walaupun negara kita berhadapan dengan cabaran pada tahun ini.

Syafiqa Irdina