Categories: Trending

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Malaysia dijangka akan mengalami pertembungan dua wabak atau twindemic iaitu influenza dan Covid-19 menjelang hujung tahun ini.

Menurut Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi, twindemic itu tentunya akan mencetuskan kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza dan Covid-19 secara mendadak pada ketika itu.

Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi

“Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan COVID-19 yang ada sekarang,” katanya.

Justeru itu, Zamberi turut mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko supaya mendapatkan vaksin Influenza memandangkan penyakit tersebt boleh dicegah menerusi suntikan vaksin.

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin