Categories: Trending

Tidak Boleh Rentas Negeri Ketika Deepavali – MKN

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang pergerakan untuk tujuan balik kampung bersempena Deepavali adalah dilarang.

Walaubagaimanapun,  penganut Hindu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKPB dibenarkan mengikuti upacara keagamaan pada hari pertama sambutan dengan SOP yang ketat. 

30 orang dibenarkan ke upacara di kuil

Menurut beliau lagi , kuil hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dengan upacara disertai tidak lebih 30 orang pada satu-satu masa, bergantung pada keluasan premis.

Selain itu, sebarang aktiviti ziarah menziarahi adalah tidak dibenarkan di kawasan PKPD.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”