Categories: Trending

Pulau Pinang Mula Benarkan Solat Jumaat & Fardhu Dibeberapa Kawasan Ini…

Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di masjid dan surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Mukim 12 daerah Barat Daya yang berkuatkuasa hari ini.

Keputusan ini diambil selepas mengambil kira semua pandangan sebelum mengeluarkan pekeliling untuk perhatian kariah terbabit pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang.

SOP masih diutamakan

Sumber : Google

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Zakuan Zakaria memaklumkan pelaksanaan solat Jumaat dibenarkan mengikut keluasan ruang solat dan ruang bersesuaian di dalam kawasan masjid dan surau.

Ini termasuklah mengambil kira penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter. Pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman, mengambil suhu, daftar rekod kehadiran dan membawa sejadah sendiri adalah wajib bagi kariah dan jemaah.

Sumber : Google

Pematuhan pekeliling ini berkuatkuasa hari ini hingga 20 November depan meliputi kawasan Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pusat Beli Belah Queensbay, Jambatan Kedua Pulau Pinang, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan perumahan di Batu Maung.

Salma Syahbuddin