Categories: Trending

Malaysia Sedia Jadi Lokasi Pembotolan Vaksin Covid-19

Itu apa yang dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, Malaysia bersedia untuk menjadi lokasi membuat pembotolan vaksin Covid-19 sebaik sahaja vaksin itu ditemui.

Malah, dua buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), iaitu Duopharma Berhad dan Pharmaniaga Berhad telah menyatakan persetujuan untuk menjadikan kilang mereka sebagai lokasi memproses fill and finish vaksin berkenaan.

” Berdasarkan kajian daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kesihatan Malaysia (KKM), mendapati  antara halangan besar untuk Malaysia mendapatkan vaksin Covid-19 selain ujian klinikal, adalah proses pembotolan vaksin”

Tempoh masa yang lama & kos tinggi

Sumber : Google

Bagaimanapun, MOSTI masih belum membuat keputusan mengenai pembekal dari negara mana namun ia bergantung kepada negara mana yang tampil dengan cepat dengan vaksin tersebut.

Dan, pembotolan di luar negara mungkin akan mengambil masa yang lama dan kos tinggi berbanding menjalankan proses itu di sini dengan pelaburan yang rendah.

Malaysia sedia tawar perkhidmatan

Sumber : Google

Dalam masa yang sama, Malaysia bersedia untuk menawarkan perkhidmatan itu kepada negara luar sekiranya mereka memerlukannya.

Untuk jangka masa yang panjang pula, Malaysia juga akan membangunkan vaksin manusia bagi mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada beberapa negara pengeluar seperti yang dilakukan kini .

” MOSTI dan KKM diberi tanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan untuk pembangunan dan kemandirian vaksin negara dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan akan datang”

” Vaksin yang akan dibangunkan itu tidak hanya tertumpu kepada Covid-19 sahaja, tetapi perlu untuk membangunkan keselamatan dan kemandirian sekiranya ada jangkitan baru.” Jelasnya.

Salma Syahbuddin