Trending By: Attiqah Mohd August 15, 2019 @ 1:46pm

Mayat Nora Anne ‘Dipindahkan?’ Sukarelawan Dan Pendaki Bongkar Pertama Kali Jumpa Mayat Nora Anne Dalam Keadaan Terbaring

Kehilangan seorang gadis warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang akhirnya ditemui mati menggemparkan negara. Gadis berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Dusun Hill, Pantai, Negeri Sembilan sebelum ditemui mati selepas hampir 2 minggu operasi pencariannya dilakukan. 

Terbaru,  pendaki Sean Yeap yang juga merupakan sukarelawan dalam operasi pencarian Nora Anne membongkar ketika kali pertama mayat Nora Anne ditemui. Menurut Sean, mayat Nora ditemui tidak jauh dari resort tempat penginapannya iaitu 1.5 kilometer.

Dijumpai dalam posisi kedua-dua tangan terbaring di kepala

Menurut Sean Yeap lagi kali pertama mereka menemui mayat Nora, mayat gadis itu berada  dalam posisi kedua-dua tangannya terletak di kepala, seolah-olah Nora Anne sedang tidur.

Tetapi apa yang mencurigakan adalah, kumpulan misi pencariannya sudah meninjau dan mencari Nora di kawasan itu sebelumnya tetapi mayatnya tidak ditemui. Eh?

Justeru, Sean berpendapat bahawa Nora mungkin sesat sewaktu ingin mencari jalan pulang dan berhenti seketika untuk minum air di kawasan air terjun sebelum pengsan dan mati. 

Walaupun Nora ditemui dalam keadaan seakan sedang berehat namun Sean Yeap menceritakan bahawa beliau dan beberapa orang pendaki lain  mengetahui bahawa Nora sudah mati dan dua orang dari kumpulan mereka  sangat sedih dan tidak mahu mendekati mayat itu.

Hilang dalam keadaan berpakaian dalam, tetapi mayat ditemui tidak berpakaian tanpa seurat benang

Kematian Nora Anne juga dicuragai kerana kali terakhir gadis itu dilihat adalah dalam keadaan berpakaian dalam tetapi mayatnya dikatakan dijumpai tanpa seurat benang. 

Hasil keputusan bedah siasat Nora Anne bakal diketahui petang ini. 

Untuk maklumat lanjut, layari Buletin Utama TV3 dan TV3 MalaysiaOfficial Youtube.

Sumber foto: Dailymail. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Apr 2020

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un Dilaporkan Masih Hidup – Moon Jae In

Berita kematiannya mulai tersebar setelah dilihat tidak hadir ke acara penting..

Featured Fri, 17 Feb 2023
Trending Fri, 19 Jun 2020
Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Featured Sun, 24 Dec 2023

Ibu Kandung & Teman Lelaki Ditahan, Beri Bayi 16 Bulan Dadah

Allahu, apa teruk sangat manusia sekarang ni tak ada hati perut!😡