Categories: Trending

Mesra Live Bersama Di TikTok, Netizen Doa Adira Suhaimi & Datuk Red Kekal Berjodoh – “Semoga Bersama Kembali”

Penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Red kelihatan sangat mesra ketika membuat live bersama sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi video yang berdurasi 19 saat itu, Adira telah membantu Datuk Red atau Adnan Abu berniaga menerusi platform tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Datuk Red sempat mengusik Adira untuk mencium pipinya ketika live sehingga penyanyi itu tersipu malu.

@rosenikay Semoga jodoh @Adira Suhaimi Official @adirasuhaimi.real & @abg red berkekalan..so sweet & terpaling lawak##datored #adirasuhaimidatukred #fypシ゚viral #mstar @mStar Official ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Seronok melihat penyatuan itu kembali, rata-rata warganet berharap mereka tidak jadi berpisah dan mendoakan jodoh mereka panjang di ruangan komen

Terdahulu, Adira telah memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman bersama suaminya, Datuk Red, pada 25 Oktober tahun lalu.

Susulan itu, kes penceraian Adira dan Datuk Red dilanjutkan pada 24 April depan selepas gagal menemui jalan penyelesaian dalam prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JPK) di Mahkamah Rendah Syariah sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, Muhammad Akmal Azman selaku peguam mewakili Datuk Red memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Fatin Nurain