Tahniah! Puteri Aishah Selamat Bersalin Anak Pertama

Pelakon Puteri Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada Khamis.

Perkara tersebut dikongsi oleh pengurus Puteri iaitu Iman Tang menerusi hantaran di InstaStory.

Kongsi Iman, Puteri menimang anak lelaki pertama pada tarikh 4 April lalu sekitar jam 8 malam dan memaklumkan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Syukur Alhamdulillah.

“Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis, 4/4/2024 pada sekitar 20.17pm. Baby dan mommy sihat walafiat.

“Semoga di kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan dapat membanggakan orangtuanya..

“Tahniah Puteri Aishah & Firdaus Sulaiman,” tulis Iman.

Untuk rekod, Puteri mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Firdaus pada 21 November 2021.

Artikel Berkaitan: Makin Berseri Sejak Mengandung, Ramai Terpegun Lihat Puteri Aishah – “Glowing Mommy To Be”

Artikel Berkaitan: “Tak Nak Keluar Rumah, Malas Makan” – Alami Trimester Pertama Yang Teruk, Puteri Aishah Sibuk Buat Persediaan Sambut Putera Sulung

Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Umum Bakal Timang Anak Lelaki, Tampil Berseri Di Majlis Gender Reveal

Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Hamil Anak Pertama!

Atiqah Johari