Categories: Trending

METMalaysia Nafi Malaysia Bakal Alami Musim Sejuk

Hari ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan Malaysia bakal mengalami musim sejuk sama seperti kota London menjelang Februari ini.

Bagaimanapun, MetMalaysia menjelaskan cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung, terutama Pantai Timur dan Pantai Barat ketika ini adalah disebabkan keadaan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari.

Laporan itu palsu!

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook MetMalaysia, isu yang tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp itu adalah palsu.

Pada 3 Januari lalu, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 hingga 22 darjah Celsius dan keadaan itu adalah biasa apabila hujan serta mendung sepanjang hari.

Dan, orang ramai diingatkan agar mendapatkan maklumat sahih mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MetMalaysia.

Sumber : Bernama, Facebook MetMalaysia

Salma Syahbuddin