Categories: Trending

Vaksin Covid-19 Bakal Diguna Di Malaysia Selamat, Tiada Kesan Sampingan – MOSTI

Vaksin Covid-19 yang akan digunakan di Malaysia telah diperakui selamat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

Timbalan Menterinya Ahmad Amzad Hashim berkata vaksin itu telah diuji secara klinikal dan akan dikawal selia Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

“Semua vaksin mempunyai kesan sampingan, yang penting kesan sampingan itu tidak teruk dan berbahaya, namun setakat ini berdasarkan data yang kami terima tidak ada kesan serius terhadap vaksin ini.

“Sebahagian besar kesan sampingan adalah sementara sahaja misalnya rasa sakit apabila disuntik, sebahagiannya mungkin demam atau loya,” katanya di sebuah program hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech untuk memperoleh 12.8 juta dos vaksin. Negara juga bakal menerima 6.4 juta lagi dos vaksin daripada AstraZeneca selain daripada beberapa lagi pembekal.

Sumber: Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”