Categories: Trending

Miliki Simptom Covid-19, Pramugari Ini Ambil Keputusan Lari Dari Hospital

Nampaknya peningkatan kes Covid-19 di negara kita semakin membimbangkan. Terbaharu, polis kini mengesahkan seorang pramugari yang mempunyai simptom Covid-19 dilaporkan telah melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Supritenden Omar Bakhtiar Yaacob memaklumkan pihaknya itu telah menerima aduan mengenai perkara tersebut.

“Kami menerima laporan daripada pihak hospital dan kes ini masih dalam siasatan. Apa yang dapat dikongsikan, laporan terakhir yang diterima adalah, dia kini sedang dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar, Perak”

“Belum disahkan positif. Beliau hanya mempunyai simptom jangkitan sahaja” Katanya.

Sumber : Google

Tambahnya lagi, pramugari tersebut bagaimanapun masih belum disahkan positif Covid-19 dan hanya menunjukkan simptom-simptom nya sahaja. 

Sumber : Facebook

Terdahulu, perkara ini menjadi tular apabila laporan polis mendakwa seorang pramugari yang mempunyai simptom mengalami Covid-19 dan ditempatkan di hospital untuk tujuan saringan melarikan diri bersama abangnya selepas menolak untuk masuk ke Hospital Taiping.

Untuk perkembangan terkini mengenai Covid-19, anda boleh saksikan Buletin Utama pada jam 8 malam.

Salma Syahbuddin