Categories: Trending

[Terkini] COVID-19: KKM Umum Kes Kematian Meningkat 15 Orang,106 Kes Baru Di Malaysia

Malaysia kini mencatatkan rekod baru buat kes kematian melibatkan COVID-19. Mangsa terbaru dilaporkan mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling. KKM turut melaporkan bahawa daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Menerusi ciapan dikeluarkan KKM, mangsa merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka dan merupakan kes ke-1519. 

#COVIDー19 Dukacita dimaklumkan kematian di negara kita meningkat kepada 15 orang, setakat ini.

Selain itu, KKM turut mengumumkan 106 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,624 kes keseluruhan, 24 Mac 2020. Daripada 106 kes itu, 43 dari kluster tabligh selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yg masih dlm siasatan. 64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: Twitter KKM

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”