Categories: FeaturedGaya Hidup

Ini yang perlu anda tahu mengenai i-Lestari, jangan sampai tertipu

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada Isnin lalu memutuskan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh wabak COVID-19.

Antara yang diumumkan adalah kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion kepada 12 juta ahlinya.

Berikut merupakan perkara yang perlu anda tahu mengenai i-Lestari.

1. Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Kredit gambar: Twitter Buletin Utama

2. Ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020 secara e-mel dan pos, manakala pada 1 Mei 2020 secara dalam talian. Ahli disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana prosesnya lebih mudah dan cepat (dalam masa 3 hari).

3. Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga saluran iaitu secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun), secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my atau secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari).

4. Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli.

Kredit gambar: Twitter Buletin Utama

5. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Tidak dinafikan terdapat pelbagai unsur penipuan dan berita palsu yang disebarkan terutama melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter, justeru ahli diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi KWSP sahaja.

Ingat, sentiasa berwaspada dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP sahaja.

Semoga inisiatif i-Lestari dapat dimanfaatkan oleh rakyat dengan cara berhemah untuk membeli barangan keperluan harian terutama makanan atau untuk menampung bayaran bil air, bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.

Ad Ops