Categories: Trending

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Misteri kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella masih menjadi tanda tanya.

Meskipun sudah hampir dua minggu hilang tanpa jejak, usaha pihak polis untuk mengesan ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu seakan-akan menemui jalan buntu.

Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini, Bella dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap bertujuan mencuci pakaian di kedai dobi.

Bella bagaimanapun terus lesap tanpa meninggalkan apa-apa petanda selepas tarikh tersebut.

Difahamkan, telefon bimbitnya gagal dihubungi di samping mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp hanya memaparkan satu tanda sahaja.

Sementara itu, kakaknya, Norhisham Samsusah diminta oleh pihak polis untuk bertenang dan bersabar atas apa yang berlaku.

Malah, lebih memeranjatkan apabila pakaian yang diletakkan dalam bakul yang sepatutnya dicuci di kedai dobi dijumpai dalam rumah Bella pada keesokan harinya.

ā€œDisebabkan timbul persoalan berhubung penemuan baju kotor itu, kami menemui jiran Bella untuk memeriksa CCTV dan kelihatan teman lelakinya sedang mengangkat bakul berisi baju masuk ke dalam rumah Bella,ā€ ujarnya.

Percaya bahawa Bella berada tidak jauh daripada daerah itu, Norhisham menyifatkan kehilangan adiknya itu sebagai kes yang agak rumit.

ā€œBeberapa hari lalu, saya dimaklumkan oleh polis ada perkembangan mengenai Bella, cuma tidak dijelaskan secara lanjut apa yang dimaksudkan.

ā€œSaya kenal adik saya dan ada kemungkinan, dia masih berada dalam daerah ini, cuma kami tak tahu di mana lokasinya.

ā€œBaru-baru ini, polis ada meminta barang milik Bella seperti berus gigi untuk siasatan lanjut,ā€ katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak merasakan Bella ke kedai dobi sebaliknya lebih percaya adiknya melencong ke tempat lain ditemani kekasih Bella.

ā€œIni berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu yang tidak melihat langsung kelibat Bella pada hari kejadian.

ā€œMalah, saya mendapat tahu teman lelakinya menurunkan Bella berdekatan sebuah kedai tom yam Thailand, di Jalan Kenangan, Kampung Bahagia kerana mereka bergaduh,ā€ katanya.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie