Trending By: Syamir Shafie December 28, 2023 @ 11:42am

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Misteri kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella masih menjadi tanda tanya.

Meskipun sudah hampir dua minggu hilang tanpa jejak, usaha pihak polis untuk mengesan ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu seakan-akan menemui jalan buntu.

Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini, Bella dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap bertujuan mencuci pakaian di kedai dobi.

Bella bagaimanapun terus lesap tanpa meninggalkan apa-apa petanda selepas tarikh tersebut.

Difahamkan, telefon bimbitnya gagal dihubungi di samping mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp hanya memaparkan satu tanda sahaja.

Sementara itu, kakaknya, Norhisham Samsusah diminta oleh pihak polis untuk bertenang dan bersabar atas apa yang berlaku.

Malah, lebih memeranjatkan apabila pakaian yang diletakkan dalam bakul yang sepatutnya dicuci di kedai dobi dijumpai dalam rumah Bella pada keesokan harinya.

“Disebabkan timbul persoalan berhubung penemuan baju kotor itu, kami menemui jiran Bella untuk memeriksa CCTV dan kelihatan teman lelakinya sedang mengangkat bakul berisi baju masuk ke dalam rumah Bella,” ujarnya.

Percaya bahawa Bella berada tidak jauh daripada daerah itu, Norhisham menyifatkan kehilangan adiknya itu sebagai kes yang agak rumit.

“Beberapa hari lalu, saya dimaklumkan oleh polis ada perkembangan mengenai Bella, cuma tidak dijelaskan secara lanjut apa yang dimaksudkan.

“Saya kenal adik saya dan ada kemungkinan, dia masih berada dalam daerah ini, cuma kami tak tahu di mana lokasinya.

“Baru-baru ini, polis ada meminta barang milik Bella seperti berus gigi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak merasakan Bella ke kedai dobi sebaliknya lebih percaya adiknya melencong ke tempat lain ditemani kekasih Bella.

“Ini berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu yang tidak melihat langsung kelibat Bella pada hari kejadian.

“Malah, saya mendapat tahu teman lelakinya menurunkan Bella berdekatan sebuah kedai tom yam Thailand, di Jalan Kenangan, Kampung Bahagia kerana mereka bergaduh,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Dec 2023
Featured Sat, 15 May 2021

Ralit, Lagu Tema Filem J Retribusi 2 Mula Dilancarkan Hari Ini

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT […]

Featured Wed, 30 Nov 2022
Selebriti Mon, 16 Oct 2023
Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

Trending Fri, 5 Oct 2018

Opsss… Ini Mall ATAU Bangunan Tak Siap?

Menerusi perkongsian saudara Kai Chuan, bangunan itu mungkin dilihat sebagai unik pada sesetengah orang namun rata-rata netizen berpendapat ia seolah gambaran sebuah bangunan tak siap. Korang rasa macam mana?

Trending Thu, 29 Mar 2018

Parodi Anak Citi Kambing, Buat Ramai Orang Ketawa Berdekah!

Memang tak boleh move on kalau sekali dah terdengar lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza .Apatah lagi pada bait introduksi lagu berbunyi ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting, melodinya sangat melekat!

Kisah Viral Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Fri, 17 Nov 2023