Categories: Trending

Misteri Mayat Tangki Air Terungkai, Polis Sahkan Rangka Mayat Milik Pelajar UITM Raub

Kehilangan Muhammad Aiman Hakim Mat Ani akhirnya terungkai apabila rangka mayat yang ditemui di dalam tangki air di kawasan Felda Palong, Jempol disahkan milik pelajar penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UITM) Raub. 

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim telah mengesahkan ujian DNA ke atas rangka mayat milik mangsa tersebut. 

Keputusan ini sudah dimaklumkan kepada keluarga mangsa. Ujian DNA memerlukan masa berikutan rangka yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna selain dipercayai sudah berada lama dalam tangki air.

Menurut sumber, Muhamad Aiman gagal dijejaki pada 9 Julai lalu tahun lalu apabila hilang selepas keluar bersendirian di kawasan rumahnya  di Bandar Tun Razak, Pahang. 

Mayatnya dipercayai ditemui oleh pekerja pantau paras air pada Mac lalu yang menemui objek rangka dan tulang terapung di dalam permukaan tangki air. 

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama bomba ke lokasi. Anggota bomba memasuki tangki air itu dan berjaya mengeluarkan bahagian pinggang ke bawah pada 1.40 tengah hari. Usaha mencari anggota badan lain diteruskan dan mengeluarkan beberapa cebisan daging pada 2 petang.

Seterusnya operasi dihentikan bagi tujuan pembuangan air dalam tangki berkenaan dan beberapa bahagian lain seperti tengkorak, rahang serta tulang ditemui 6.10 petang.

sumber: Harian Metro 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”