‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Populariti anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira Ardy Shafiq tidak boleh disangkal lagi.

Dengan pengikut seramai lebih 86,000 di Instagram, posting gambar bayi lelaki comel ini sentiasa dinantikan.

Menurut Betty ketika ditemui di majlis pelancaran Bugaboo Ant Stroller anjuran Happikiddo, dia reda apabila populariti Wira melebihi berbanding dirinya dan suami.

” Saya akui Wira lebih diminati oleh peminat. Ke mana sahaja saya pergi, orang pasti tanya di mana Wira. 

” Alhamdulillah, dia disayangi oleh ramai orang. Dengan sifatnya yang asyik gelak dan tersenyum, ramai yang suka singgah di Instagram Wira.

” Saya juga baca banyak komen positif di sana. Ada juga pengikut yang memberitahu mereka berasa tenang apabila menatap wajah Wira ketika tertekan di pejabat. Seronok saya membaca komen-komen yang positif,” katanya kepada Xtra.

Sementara itu, adik kepada Erma Fatima ini memaklumkan dia dan suami tidak pernah menyangka Wira mendapat perhatian ramai.

” Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya. Alhamdulillah. Saya doakan karakter ini kekal sehingga dia membesar iaitu membuatkan orang sekeliling gembira,” katanya. 

Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.

Oleh: Fas

SGMS Faida