Categories: Trending

Mohd Haziq Mohd Tarmizi Disahkan Meninggal Dunia

Selepas tragedi yang meragut 50 nyawa di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lepas, kali ini kita dikhabarkan lagi dengan pemergian seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam serangan ganas tersebut.

Berita mengenai pemergian remaja berusia 17 tahun itu telah disahkan oleh Wisma Putra menerusi kenyataan media pagi tadi.

Sebelum ini, berita kematian Muhammad Haziq dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh. 

Namun, Wisma Putra memaklumkan kenyataan susulan hanya akan dibuat selepas pihak berkuasa New Zealand membuat kenyataan rasmi.

Mangsa, Mohd Haziq adalah anak kepada kepada seorang lagi rakyat Malaysia yang turut tercedera dalam serangan tersebut iaitu, Mohd Tarmizi Shuib, 46.

Manakala rakyat Malaysia lain yang turut tercedera dalam tragedi itu juga terdiri daripada, Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Apapun, kami di Xtra mengucapkan Takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Haziq yang syahid pada hari yang penuh barakah itu.

Salma Syahbuddin