’Saya Bukan Imam Yang Baik’- Rashidi Ishak Umum Bercerai

‘Saya bukanlah seorang imam yang baik,” kata pelakon Rashidi Ishak memaklumkan memaklumkan dia dan isteri, pelakon Vanidah Imran sudah bercerai sejak 9 Ogos 2018.

Pengakuan beliau akhirnya menjawab teka teki yang menjadi persoalan orang ramai mengenai krisis rumah tangga mereka.

Rashidi menerusi Instagram berkata, beliau turut memohon maaf kepada masyarakay kerana merahsiakan berita ini bagi menghormati perasaan keluarga terdekat.

“Saya minta maaf kerana merahsiakan berita dan maklumat ini. Saya dan Vanidah secara rasmi mengakhiri rumah tangga yang dibina selama 17 tahun di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

“Dari lubuk hati paling dalam, saya ingin berterima kasih kepada anda semua yang selalu menyokong kami terutamanya sokongan anda kepada Vanidah, yang berjaya dalam karier dan kehidupannya,” katanya.

Tambahnya, kegagalan pentadbiran dalam mana-mana institusi adalah disebabkan kelemahan pemimpin dan tidak cekap.

“Didorong oleh rasa tidak puas hati dalam tempoh yang lama selain rasa ditindas oleh pemimpin, perubahan adalah apa yang mereka inginkan.

“Dalam perkahwinan, keruntuhan rumah tangga adalah kesalahan imam. Mungkin benar atau sebaliknya tetapi pemimpin yang baik akan selalu bersinar sama ada dalam situasi buruk mahupun baik.

Rashidi- Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika.

SGMS Faida