Categories: FeaturedTrending

Moratorium Berakhir Mac Ini, Moratorium Menyeluruh Disarankan Buat..

Umum maklum, moratorium secara bersasar bagi mereka yang memerlukan bakal berakhir Mac ini.

Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Stan Singh-Jit berkata aliran aktiviti runcit telah merosot dan menjejaskan perniagaan sektor itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami dapati kuasa beli sudah berubah dan orang ramai berbelanja dengan lebih berhati-hati. Sedangkan pada masa sama, kami juga perlu menguruskan aspek seperti gaji pekerja, bayaran sewa serta perkara lain.

“Sudah pasti, kemudahan moratorium itu amat banyak membantu dari segi kos dan menampung perbelanjaan mereka. Tanpa moratorium itu, mungkin ada perniagaan yang terpaksa ditutup,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap moratorium menyeluruh dapat diperkenalkan semula apabila kemudahan moratorium bersasar berakhir pada penghujung bulan ini.

“Pelaksanaan moratorium menyeluruh secara automatik itu lebih menjadi pilihan utama berbanding permohonan individu secara berasingan dalam moratorium bersasar kerana perniagaan berdepan kesukaran untuk memohon pinjaman membabitkan tempoh pemprosesan serta ketetapan berkaitan.

“Malah, banyak syarikat turut menghadapi masalah membabitkan kadar faedah dikenakan oleh pihak bank kerana kaedah pengiraan yang berbeza,” katanya.

-Bernama

Foto: TRP

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”