Trending By: Fatin Nurain May 10, 2024 @ 4:12pm

Nabila Razali Buat Vlog Dalam Bahasa Kelantan… Watak Mek Nab Semakin Digemari, Peminat Berseloroh: “We Want More!”

Penyanyi Nabila Razali sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas memuat naik vlog ‘A Day With Mek Nab’ buat pertama kali di TikTok, semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, Nabila berkongsi perjalanannya bekerja sepanjang hari tersebut menggunakan bahasa Kelantan dan menyapa dirinya dengan panggilan Mek Nab yang kini sudah tidak asing buatnya.

Dalam perkongsian tersebut, Nabila memaklumkan dia perlu menghadiri ke tiga program berlainan untuk membuat persembahan dan salah satunya adalah rumah terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

”My first time vlogging. Should I do more? #ADayWithMekNab,” tulisnya.

Terhibur melihat kegigihan penyanyi itu berbahasa Kelantan, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meminta Nabila terus berkongsi vlog seperti itu kerana suka dengan sisi lain penyanyi itu yang dikatakan semakin kelakar dan pandai menghiburkan.

@nabila.razalii My first time vlogging. Should i do more? #AdayWithMekNab ♬ original sound – nabila.razali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 May 2019

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Tampil 2 Single Baharu Dalam Tempoh 2 Minggu, Zynakal Tak Rasa ‘Membazir’

Tampil dua single baharu dalam tempoh dua minggu, penyanyi rap Zynakal tidak merasakan tindakan terbabit sebagai satu ‘pembaziran’. Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengeluarkan single Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama Dayang […]

Trending Sat, 8 Jun 2019
Trending Thu, 19 Nov 2020
Featured Tue, 21 Sep 2021
Trending Wed, 21 Aug 2019

开心玩过山车!没想到半空中被「巨鸟打脸」

一名女子在搭乘过山车时,没想到就在列车卡在最高点准备俯冲时,居然飞出一支朱鹭……