Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 20, 2024 @ 6:03pm

“Tak Mati Pun Kalau Batalkan Kontrak… Tolong Sedar Sikit, Jangan Jadi Bodoh” – Lana Nodin Kecewa Rakan Artis Masih Takut ‘Hilang Rezeki’

Pelakon Lana Nodin menyifatkan golongan selebriti sepatutnya menjadi contoh terbaik dalam berdepan isu boikot selebriti seperti yang kecoh di media sosial baru-baru ini.

Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, dia kecewa apabila ada segelintir selebriti yang masih takut untuk melepaskan kontrak bersama jenama mewah yang berkaitan dengan Isr@el.

“Sepatutnya tak perlu sokong, kita boikot seperti produk mereka, sepatutnya artis-artis Malaysia juga memainkan peranan penting. Tak perlu sokong lagi.

“Sebagai contoh model luar sanggup batal kontrak semata ada sifat kemanusiaan. Tak mati pun tak pakai jenama tersebut, saya pun ada juga jenama tersebut tapi kini tidak lagi beli.

“Tapi jika masih sokong dan guna dan berpendapat itu adalah sumber rezeki, bukan begitu. Rezeki bukan datang dari mereka, dari Tuhan, percaya padaNya,” ujarnya.

Tambah Lana lagi, dia menyeru agar golongan selebriti sedar dan peka dengan situasi kini serta tidak gusar mengenai soal rezeki.

“Tolong sedar sikit, jangan jadi bodoh, kita sebagai artis, orang tengok kita, sebagai selebriti kita adalah idola mereka. Jadilah model terbaik untuk semua.

“Tak mati pun kalau batalkan kontrak tersebut, miskin sangat ke? Kita takkan miskin, miskin lagi kanak-kanak di Palestin yang masih kebuluran.

“Lepaskan saja, Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih bagus. Percayalah,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi pernah menerima tamparan hebat dek kerana isu vaksin sehingga namanya disekat dalam industri.

Sebaliknya, Lana reda dengan ujian tersebut meskipun hilang sumber pendapatan ketika itu.

“Dulu saya kena kecam fasal isu vaksin, tak ada job pun saya reda saja dengan Rita Rudaini dengan Zul, reda saja, tak ada pun pergi repot polis. Sampai kena kutuk dan maki.

“Pengikut IG saya juga hilang ketika itu. Kena banned selama 6 bulan, Rita pula kena sampai setahun. Nak takut apa? Nak glamour untuk apa?

“Wake up la artis-artis yang takut hilang kontrak, sepatutnya tunjuk teladan yang bagus, nak cakap budak-budak dah tua, semua dah besar,” dakwanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila senarai gerakan boikot selebriti dilancarkan oleh pengguna media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan selebriti tempatan.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 May 2024

“Saya & Suami Tak Pernah Duduk Berbincang Untuk Pemilihan Watak” – Amyra Rosli

Bagus lah kan, professional dengan kerjaya masing-masing

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Pelakon Boys Over Flowers Ini Terluka Tidak Dibenarkan Jumpa Anak

Tak sangka pelakon handsome ni pun dah ada anak sekarang. Eh!

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

Rindu Tak Terubat, Aliff Aziz Tunggu Saat Bertemu Anak-Anak – “Sebagai Ayah Saya Gembira Melihat Ayden & Ara Dalam Persekitaran Terbaik”

Aliff mengakui gembira melihat Ayden dan Ara berada kini semakin bahagia dan berada dalam persekitaran yang harmoni

Trending Fri, 10 Jul 2020
FESYEN Thu, 19 Apr 2018

4 Lifehack Tampil Berseri Dengan Pemilihan Warna Baju Yang Tepat!

Pemilihan warna yang betul akan membuatkan anda lebih menyerlah. Namun, sekiranya anda memilih warna yang kurang tepat, bukan sahaja rupa anda kelihatan kusam, malah gigi juga akan kelihatan kuning!

Featured Thu, 3 Mar 2022
Hiburan Wed, 10 Sep 2025
Events Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!