Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 14, 2023 @ 10:01am

Diperlekeh Penganjur, Dilabel Artis Murahan… Azan Scan Luah Rasa Sedih – “Kami Tahu Kami Bukanlah Awie Mahupun Amy Search”

Vokalis kumpulan Scan, Azan Rashid mendedahkan, terdapat segelintir rakan artis yang tergamak menjahanamkan periuk nasi teman seperjuangan mereka.

Lebih 20 tahun menghambakan diri dalam dunia hiburan selaku anak seni, Azan menjelaskan, sikap sekelompok seniman muzik yang sanggup dibayar murah secara tidak langsung merosakkan industri.

“Suatu masa dahulu, kami (Scan) pernah ditawarkan cuma RM500 sahaja untuk menjayakan satu persembahan di luar kawasan selama sejam.

“Bukan setakat dibayar dengan harga yang terlalu rendah, malah penganjur juga tidak menyediakan sebarang kemudahan lain seperti penginapan ataupun pengangkutan.

“Apabila situasi seperti ini berlaku, di mana letaknya nilai artis senior yang kononnya peminat selama ini menggelarkan orang-orang lama sebagai legenda, otai dan sebagainya?” getusnya memberikan persoalan.

Lebih menyedihkan tambah Azan, jika tawaran tersebut telah ditolak oleh Scan, untungnya penganjur tidak akan terjejas langsung.

Ini kerana menurutnya, penganjur pasti akan mencari artis lain yang secara rela hati sanggup ‘merendahkan’ diri mereka menyambut tawaran tidak masuk akal itu.

“Bila dah jadi macam ini, bagaimana artis lain yang berusaha keras menjaga martabat kerjayanya hendak melawan permainan halus penganjur?” ajunya mengutarakan persoalan.

Pun begitu Azzan atau nama sebenarnya Noorhazan Rashid menambah, dia pasrah mendepani situasi yang ditimbulkan, namun berharap agar harga seni mereka tidak diperlekehkan oleh warga industri sendiri.

“Apa saya boleh buat hanyalah berdoa semoga mereka ini semua terbuka hati untuk menghargai artis lama seperti kami.

“Kami sedar kami siapa, tak pernah sekali pun mintak harga seperti bulan dan bintang.

“Kami tahu kami bukanlah Awie mahupun Amy Search,” katanya akur.\

Azzan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu–lagu Guzzbuzz Productions yang diadakan di sebuah hotel di Ampang, baru-baru ini.

Melalui kerjasama dengan Guzzbuzz Productions itu, Azan merakamkan dua single berjudul Kasih dan Selamat Hari Ulang Tahun buat isteri tercintanya bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Selain Azan, Guzzbuzz Productions turut memperkenalkan empat lagi penyanyi di bawah pengurusan mereka iaitu Akid Aly, General Ling, Z-Loco dan Ize Suliman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Jan 2025

“Bila Rindu Isteri & Anak-Anak Saya Istighfar Banyak-Banyak” – Farid Kamil

Harapan saya,  suatu hari nanti keluarga saya kembali berbahagia seperti dulu-Farid Kamil

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Allahyarhamah Adibah Noor Idola Sherry Alhadad Dalam Bidang Pengacaraan – “Dia Pecahkan Stigma Segelintir Pihak”

Allahyarhamah Adibah Noor seorang selebriti yang sangat serba boleh ☺️🥰 “Alhamdulillah, kerana beliau saya berada di sini” – Sherry Alhadad

Featured Thu, 5 Jun 2025

31 Tahun Berlalu, Nora Danish Titip Ucapan Buat Arwah Bapa – “Saya Serahkan Semuanya Pada Allah, Moga Kita Disatukan Di Syurga Nanti”

“Saya tidak pernah dapat memegang tangan anda semasa saya membisikkan doa saya” – Nora

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

SELEPAS 20 TAHUN, FERHAD PILIH DOKTOR GIGI

Masih ingat dengan lirik ini? Lagu yang pernah mengangkat nama penyanyi Ferhad ke industri hiburan satu masa dulu. Selepas hampir 20 tahun bergelar penghibur, Ferhad..

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Ramlah Ram Kurus Sebab Nak Kahwin?

Tanpa ambil pil tambahan, saya hanya kurangkan pengambilan karbohidrat. Saya juga baru mula makan nasi tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Nora Danish Berkerusi Roda Ketika Hamil

Ada sahaja artis lain yang berkerusi roda sewaktu hamil tidak dikecam tetapi Nora Danish di kecam

Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!