Categories: Trending

Nafsu songsang Miley musnahkan rumah tangganya bersama Liam!

10 tahun bercinta, lapan bulan bergelar suami-isteri yang sah, selebriti Hollywood Miley Cyrus dan suami, Liam Hemsworth, mengambil keputusan mendadak untuk bercerai!

Difahamkan sikap Miley yang kembali kepada tabiat lamanya menyukai kaum sejenis, punca utama perpisahan itu.

Kisah Miley dan nafsu songsangnya itu pernah dibicarakan secara terbuka, apabila dia sendiri membuat pengakuan bahawa dirinya adalah seorang biseksual dan mengahwini Liam adalah salah satu langkah terbaik bagi mengubah nafsu peliknya itu.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menggemparkan di seluruh pelusuk dunia ialah apabila foto Miley dilihat berkelakuan sumbang yakni bercumbuan bersama Kaitlynn Carter di sebuah resort mewah di Danau Como, Itali, tersebar.

Lebih mengecewakan, perkara tersebut berlaku sehari sebelum penyanyi itu mengumumkan berita penceraiannya.

Foto: usmagazine

Liam yang dibesarkan dalam keluarga yang konservatif penuh tradisi itu turut merancang mahukan anak dalam masa terdekat, namun Miley dikatakan mengamalkan kehidupan yang bebas serta mempunyai pemikiran yang berbeza.

Dengan kata lain, punca perpisahan yang sebenar masih belum diketahui kerana kedua-dua mereka dikhabarkan tidak mengeluarkan apa-apa kenyatan berhubung isu berkenaan.

Yanie Baharom