Categories: Trending

‘Nak Mati Aku Dah Penat’- Status Terakhir Remaja Di FB Ternyata Bukan Gurauan!

Selepas membuka kotak undian di akaun Instagramnya dengan bertanyakan soalan sama ada dia patut hidup atau mati, seorang remaja berusia 16 tahun akhirnya nekad membunuh diri.

Ini selepas dia menerima undian sebanyak 69% agar memilih untuk mati berbanding 31% yang memintanya meneruskan kehidupan.

Menurut laporan News RnD, gadis ini bertindak demikian selepas kecewa dengan bapa tirinya yang jarang balik ke rumah selepas bekerja di Singapura.

Lebih memilukan apabila dia mendapat tahu bapa tirinya telah berkahwin dengan wanita Vietnam.

Status terakhir gadis ini berbunyi ‘Wanna Quit Life I’m Tired’ ternyata memeranjatkan orang ramai apabila dia benar-benar nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Bandar Batu Kawah, Sarawak malam tadi.

Lebih memilukan, mayatnya ditemui oleh adik lelaki dan ibunya yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam.

Tekanan perasaan jangan dibuat main, perhatikan orang di sekeliling anda. Jika mereka memerlukan seseorang untuk mendengar luahan perasaan, ambil masa untuk mendengar. Sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan satu nyawa, siapa tahu bukan?

SGMS Faida