Categories: Trending

‘ Nasib Saya Baik Kerana Kunci Kereta Lebih Awal, Kalau Tidak…’ Wanita Kongsi Detik Cemas Di Tempat Letak Kereta

Malang tidak berbau! Sebab itu kaum wanita perlu berhati-hati apabila berjalan seorang diri lebih-lebih lagi di tempat letak kereta.

Paling penting, bila masuk sahaja dalam kereta, terus kunci. Jangan pula kamu membuang masa leka dengan telefon tetapi pintu tidak berkunci. Buruk padahnya jika terleka walau sementara. 

Salah seorang netizen yang menggunakan nama Finsyy di laman Instagram menceritakan detik cemas apabila ada individu cuba menceroboh keretanya, baru-baru ini.

“ Selalu dengar kata hati, ia baru saja berlaku sebentar tadi ketika saya membuat kerja di dalam kereta.

” Naluri saya mengatakan untuk kunci kereta pada waktu itu dan beberapa minit kemudian saya didatangi oleh beberapa wanita berbangsa asing mencuba untuk membuka pintu belakang kereta.

” Nasib saya baik kerana kereta berkunci sejak awal. Selepas beberapa kali cubaan, mereka berlalu pergi. Saya juga perasan ada seorang lelaki bermotosikal berada di belakang kereta,” katanya.

Wanita ini berpesan agar pemandu di kalangan wanita harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

” Ambil sedikit masa baca doa & ayat Kursi sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. 

“ Alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku pada saya sebentar tadi,” akhirinya.

Nah, kaum wanita di luar sana… Hati-hati ya bila berada di tempat letak kereta. Tengok kiri kanan sebelum masuk dalam kereta ya!

SGMS Faida