Categories: Trending

Netizen Berang, Kisah Sebenar Awek Dipukul Kekasih Durjana Viral!

Video seorang wanita yang dipukul oleh seorang lelaki bermotosikal tempoh hari telah viral di media sosial. Malah, video tersebut telah mececah 25 ribu perkongsian di Twitter kerana mendapat perhatian ramai.

Kisah sebenar video itu didedah oleh rakan baik lelaki berkenaan. Lantas, membuatkan netizen naik berang dengan alasan yang diberikan.

 

Mangsa menjelaskan hal sebenar mengenai kenapa kekasihnya bertindak sedemikian kepadanya menerusi story Whatsapp. Menurut mangsa, wajar untuk lelaki berkenaan naik marah kerana dia terjumpa gambar lelaki lain dan mangsa bergurau kasar dengan mengaku lelaki itu adalah teman lelaki barunya.

Turut disertakan perbualan menerusi Whatsapp lelaki pemukul bersama rakannya. Lelaki itu mengaku kesalahannya bahawa dia tidak dapat menahan amarahnya dan hilang kawalan. 

Namun, alasan yang diberikan membuatkan rata-rata netizen berang dengan meluahkan perasaan mereka di laman Twitter berdasarkan alasan yang diberikan oleh perempuan dan kekasihnya itu. 

Ad Ops