Categories: Trending

‘Orang Kuat’ Instagram Letak Jawatan Lepas Bergaduh Dengan Mark Zuckerberg?

Selepas beberapa bulan pengunduran pengasas bersama Whatsapp, Jan Koum, kini tiba pula giliran peletakan jawatan pengasas bersama Instagram.

Dua tunggak utama dalam aplikasi Instagram iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger masing-masing memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal syarikat terkenal itu.

Ini menyebabkan laman sosial Facebook, yang juga pemilik Whatsapp, kini beroperasi tanpa tunggak utama mereka.

Systrom dalam entri terbaru di blog miliknya pada Isnin berkata, beliau dan Krieger merancang untuk berehat seketika bagi ‘menyelami daya kreativiti masing-masing sekali lagi’.

Pengumuman peletakan jawatan dua individu berpengaruh syarikat berkenaan dibuat selepas perselisihan faham bersama Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg semakin kerap berlaku, membabitkan hala tuju Instagram.

Dalam satu kenyataan, Zuckerberg menyifatkan dua individu berkenaan sebagai ‘ketua produk yang amat luar biasa’.

“Saya banyak belajar daripada mereka berdua sejak enam tahun lalu dan ia satu pengalaman menyeronokkan. Saya mengucapkan selamat berjaya dan tidak sabar menunggu produk terbaru mereka selepas ini,” kata Zuckerberg.

SGMS Faida