Trending By: SGMS Faida September 26, 2018 @ 10:47am

‘Orang Kuat’ Instagram Letak Jawatan Lepas Bergaduh Dengan Mark Zuckerberg?

Selepas beberapa bulan pengunduran pengasas bersama Whatsapp, Jan Koum, kini tiba pula giliran peletakan jawatan pengasas bersama Instagram.

Dua tunggak utama dalam aplikasi Instagram iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger masing-masing memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal syarikat terkenal itu.

Ini menyebabkan laman sosial Facebook, yang juga pemilik Whatsapp, kini beroperasi tanpa tunggak utama mereka.

Systrom dalam entri terbaru di blog miliknya pada Isnin berkata, beliau dan Krieger merancang untuk berehat seketika bagi ‘menyelami daya kreativiti masing-masing sekali lagi’.

Pengumuman peletakan jawatan dua individu berpengaruh syarikat berkenaan dibuat selepas perselisihan faham bersama Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg semakin kerap berlaku, membabitkan hala tuju Instagram.

Dalam satu kenyataan, Zuckerberg menyifatkan dua individu berkenaan sebagai ‘ketua produk yang amat luar biasa’.

“Saya banyak belajar daripada mereka berdua sejak enam tahun lalu dan ia satu pengalaman menyeronokkan. Saya mengucapkan selamat berjaya dan tidak sabar menunggu produk terbaru mereka selepas ini,” kata Zuckerberg.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jan 2021

36 Calon Bakal Duduki SPM, STPM Dijangkiti Covid-19 Di…

Kesiannya. Harapnya pelajar-pelajar tersebut cepat sembuh..

Featured Thu, 18 May 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Sat, 18 Jun 2022

[VIDEO] “The True Definition Of..” – Wow! Ini 3 Sebab Hati Aedy Ashraf Terkunci Pada Amelia Henderson, Ingin Berkahwin Secara…

Aishhh min lurve la couple ni! From hubs and wifey in Kisah Cinta Kita to realitiii 😭❤️ Insya-Allah, moga dipermudahkan buat pasangan comel ni! ❤️❤️

Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Aman Aziz Hadiahkan Peminat dengan ‘Ching Ching Raya’

Wah dah lama tak tengok Aman Aziz menyanyi

Featured Tue, 15 Nov 2022

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah. @hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka […]