Trending By: Salma Syahbuddin December 22, 2020 @ 1:30pm

Alif Kadim Ambil Masa 10 Tahun Untuk ‘Comeback’, Janjikan Kelainan Di Pentas Akhir Vokal Mania!

Bila melihat karakter Alif Kadim di atas pentas Vokal Mania, semestinya Alif antara peserta yang sentiasa konsisten dalam persembahannya.

Namun, siapa sangka pemilik nama penuh Muhammad Alif Kadim yang berusia 29 tahun ini mengambil masa yang cukup lama untuk membuat kemunculan semula dalam industri seni.

Mula menjejakkan kaki dalam dunia seni menerusi sebuah program realiti di stesen TV berbayar pada 2010, Alif meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila terpilih antara empat finalis yang berjaya mara ke konsert akhir Vokal Mania pada 26 Disember 2020 ini.

” Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. Dan terima kasih buat penyokong-penyokong saya. Dan tahun 2020 ini saya diberikan peluang untuk terus ke peringkat final, Alhamdulillah.”

ARTIKEL BERKAITAN : Vokal Mania: Terkejut Boleh Kalahkan Idol, Alif Kadim Akui Aina Abdul Bukan…

Berkongsi pengalaman ketika diberikan kejutan, Alif sebenarnya tidak menyangka kerana dia sebenarnya mempunyai hal peribadi namun, terpaksa mengikut arahan pihak pengurusan kerana dijanjikan dengan tawaran lain.

Justeru itu, apabila melihat kepada pengalaman yang dimiliki, tidak hairanlah jika Alif berani menjanjikan suatu kelainan dalam persembahannya di konsert akhir Vokal Mania.

“Saya akan buat kelainan untuk final ini. Macam minggu pertama saya dah keluarkan saya punya osamble, next theatrical dan final memang saya akan buat diluar kotak” jelasnya.

Selain itu, Alif mengakui Vokal Mania merupakan peluang untuknya ‘comeback’ dalam meneruskan karier seni selepas mengambil masa selama 10 tahun.

“Kalau kita tengok sejak tahun 2010 hingga 2020, saya ambil masa 10 tahun,orang kata agak panjang. Jadi 10 tahun itu, saya ambil masa untuk mencari pengalaman dan inilah masanya untuk saya kembali”

Alif Kadim juga terharu dengan pencapaiannya dalam Vokal Mania dan menganggap program ini sebagai platform yang terbaik untuk mengetengahkan bakatnya.

Malah, Alif mengakui progres nyanyiannya selama 10 tahun ini agak mencabar terutamanya dalam bergelar anak seni.

Terdahulu, Alif mengalahkan idol, Aina Abdul pada konsert pertama Vokal Mania dan berjaya mara ke peringkat akhir selepas membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Seniman Menangis dendangan Jamal Abdillah pada konsert semi final Vokal Mania lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Vokal Mania: Tewaskan Aina Abdul, Alif Kadim Makan Hati Dengan Komen Misha Omar?

Apapun, tahniah diucapkan dan kepada semua peminat Alif Kadim, jangan lupa undi dan saksikan Vokal Mania episod akhir pada 26 Disember 2020, Sabtu, pada jam 9 malam hanya di TV3!

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

Layari www.xtra.com.my serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Oct 2021

Akui Menyesal Jadi Transgender, Lucinta Luna Mahu Kembali Ke Fitrah Asal – Tapi, Rupa-Rupanya….

Baru baru ini, pendedahan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna yang mengakui kesal bergelar transgender mengejutkan ramai pihak. Dalam satu temubual video bersama pelakon Indonesia Boy William, Lucinta tampil dengan penampilan terbaru sebagai seorang lelaki sekaligus mendedahkan […]

Featured Thu, 6 Jul 2023
Featured Thu, 11 Mar 2021
Featured Thu, 5 Aug 2021

“Comelnya, Mirip Ayahanda”- Sambut Ulang Tahun Ke -10, Foto Terkini Raja Nazira Safya Jadi Perhatian Ramai

Telatah anakanda kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim sentiasa mencuit hati ramai netizen. Baru baru ini, Raja Nazira Safya telah menyambat ulang tahun kelahirannya yang kini mencecah usia 10 tahun. Bersempena […]

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Trending Sun, 15 Dec 2019

Sanggup Redah Hujan Demi ‘Laptop’ Tapi..

Hanya kerana laptop sanggup redah dalam hujan basah kuyup demi anak tapi….

Trending Fri, 15 Jan 2021
Trending Wed, 17 Oct 2018

美照都是骗人的!20张把网美呛爆的爆笑恶搞Cosplay照

来自雪梨的女演员Celeste Barber颠覆既有网美公式,用一系列仿效名模女星的拍照POSE,成为「非主流网美」。