Categories: FeaturedGaya Hidup

Selamat Tinggal Sepatu Sekolah Putih, Kasut Hitam Pilihan Warna ‘IN’ Pelajar Untuk 2019

Kasut sekolah berwarna hitam, pastinya cadangan yang disambut baik oleh masyarakat di negara ini terutamanya berstatus ibu bapa dan pelajar. 

Menteri Pendidikan, Datuk Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah selepas pihaknya mendapat maklum balas dan keluhan daripada ibu bapa yang sering mengadu mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Beberapa aduan diterima daripada ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka memakai kasut putih kerana cepat kotor. “Bermula tahun depan, semua pelajar (sekolah rendah dan menengah) seluruh negara akan memakai kasut hitam dan bukannya kasut putih lagi,” katanya.

Foto: Era Baru

Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat.

Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.

“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

Foto: Toodia

“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” jelasnya.

Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.

Nampaknya selepas ini ibu bapa dan para pelajar tidak lagi perlu bersusah payah menyental kotoran degil pada kasut sekolah dan menyapu kapur setiap hujung minggu.

Sumber: Suria My

Yanie Baharom