Categories: Trending

Ouch! Gara-Gara Batang PVC Tersangkut Di Kemaluan, Warga Emas Dikejar Ke Hospital

Pelik tapi benar! Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun Polyvinyl Chloride (PVC) sepanjang kira-kira lima sentimeter tersangkut pada kemaluan seorang warga emas.

Lelaki berusia 60 tahun itu terpaksa menanggung sakit selama dua hari selepas alat berkenaan gagal dicabut seterusnya terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Susulan itu, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rosdi Hainan, ke Zon Kuning HSB di mana mangsa dirawat sebaik menerima laporan pada jam 8.05 malam.

Menurut Rosdi, mangsa dikatakan terpaksa ke hospital selepas gagal mengeluarkan sendiri paip PVC yang tersangkut pada kemaluannya itu.

“ Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari sehingga menyukarkannya membuang air kecil kerana alat sulitnya sudah bengkak.

“ Kita mengambil masa hanya kira-kira lima minit untuk menanggalkan paip PVC berkenaan dengan memotongnya menggunakan gergaji khas air ‘rescue ring cutter ‘ (ARRC)” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian meneruskan rawatan di HSB dan keadaannya dilaporkan stabil- BH Online.

SGMS Faida