Categories: Trending

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Alhamdulillah.

Sidang media hari ini menyaksikan bahawa pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

” Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana. Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” katanya.

Untuk perutusan penuh Perdana Menteri tadi, korang boleh saksikan dalam video di bawah:

Kepada yang duduk Sabah dan Sarawak tu bolehlah tarik nafas lega okay!

Syafiqa Irdina