Categories: Trending

PKPP : Kedai Gunting Rambut Dan Salun Akhirnya Dibuka Semula

Berita gembira!

Pastinya pengumuman PM kali ini adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Mana taknya, operasi kedai gunting rambut dan salun adalah topik hangat yang sering diperkatakan.

Kedai gunting rambut & pasar terbuka juga dibenarkan

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kanana Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan.

Manakala, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera pusat penjaja, food truck, dan gerai makan juga akan dibenarkan. Dengan syarat, semua aktiviti ini haruslah patuh SOP.

Aktiviti Komersial juga dibenarkan seperti…

Aktiviti seperti, urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuklah, lawatan muzium, indoor, busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi iaitu, kolam pancing komersial dan penggambaran filem akan dibenarkan.

Jadi, bagi sesiapa yang memilih untuk pergi ke salun atau kedai gunting rambut, harus diingat kita masih perlu patuh SOP okay!

Salma Syahbuddin